Haaa tu makan diaa!
Sunday, October 23, 2011 | 0 Gossip
Assalamualaikum
Aku baru je balik dari tengok bola. Hoyeah hoyeah! Okay pasal tu kejap lagi aku cerita. Before pergi bola tu, aku pergi makan Pizza Hut dgn family. Kitorang makan Ultimate 7 apa entah, ala yang kat tv tu dia kata ada 7 jenis cheese tu. Haaa yang tu lah :D Yang mcm ada bebola kat atas dia tu, tapi benda tu tk sedap, masin -,-
Lepas tu kitorang gerak MPH. Muehehe itu aku sorang je yang nak pergi sebenarnya. Pegi MPH kat Giant Shah Alam je. Aku nak cari buku keempat trilogi Bagaikan Puteri. Siapa yang memang peminat tegar novel, mesti kenal novelis Ramlee Awang Murshid. Novel-novel dia wa cakap lu memang epic gila. Aku tak tahu mana dia dapat idea nak tulis novel macam ni. Cerita dia mcm hidup tau. Kalau nak rasa sendiri, belilah buku dia :D Setakat ni aku dah baca 5 buah buku dia. Buku yang aku beli tadi tajuk dia Cinta Sufi. Mula mula Bagaikan Puteri. Lepastu Cinta Sang Ratu and then Hijab Sang Pencinta. Aku ingat sampai situ dah habis dah, rupanya dia ada sambung lagi. I sangat puas dapat beli buku ni! :D
Malam tu pulak aku gerak D'sara, bukan Damansara kay, nama restaurant tu mmg D'sara. Mula mula aku malas nak ikut sbb bapak aku nak pegi tengok bola, aku mana layan bola en. Tapi mcm kesian pulak nanti bapak aku sorang-sorang, mak aku dgn adik ikut pulak, terpaksa lah ikut. Aku lagi rela ikut drpd duduk rumah sorang-sorang. Tapi aku dah sediakan sesuatu yang berguna in case kalau aku boring kat sana. Aku bawak novel! Haha. Tak pernah dibuat orang pergi tengok bola bawak novel.
Separuh game pertama memang aku tak tengok pun. Aku layan novel je. Pastu dah masuk game kedua, aku start tengok sbb aku asyik dgr orang bertepuk meja, sekali dgn bapak aku join. Aku ingatkan dia bengang ke apa, rupanya Man. City goal -,- Aku tak sokong mana-mana pun, tapi disebabkan Man. City menang tadi, aku sokong depa ah :D Haha. Sebenarnya masa Man. City menang tadi, aku rasa bagus jugak diorang menang. Aku menyampah tengok peminat peminat MU yang bangga banggakan sangat MU tu. Siap siap kutuk kutuk Man. City lagi. Haaa amek kau makan diaaaaaaa! 6-1 wokk!
Huish lega dapat lepaskan perasaan. Sebenarnya masa otw nak balik rumah, aku mmg tk sabar sabar nak sampai rumah, nak terus update blog. Sekarang dah tercapai. *lepas nafas lega.