Raya haji di kampung - Day 1
Tuesday, November 8, 2011 | 0 Gossip
Assalamualaikum
Title feeling london. Raya kat kampung je pun, batak tulis day 1. Okay ada sebab dia. Tak ke korang rasa kalau aku guna hari pertama buat panjang title je? Kan? Kan? Sila angguk.
Aku takde snap picture pun, so mcm boring ah nak cerita. Tapi peduli hape aku!
Pagi hari pertama yakni pagi Sabtu tu aku bangun. Aku pergi dapur tengok mak aku tengah busy masak. Aku mcm malas je nak tolong tapi mak aku dah panggil dulu suruh tolong. Hew hew -,- Menu pada hari tersebut:
- Mee kari
- Fruit cocktail
- Dan beberapa lauk lain aku malas nak taip
Bila dah siap masak sume, pack pack barang sume, mandi bersiap sume, \mmg aku nak tmbh sume dlm setiap ayat aku/ kitaorg pun bertolak! Bukan bertolak sesama sendiri sampai kampung yea. Sila fahami maksud bertolak di situ.
Kitorang bertolak pukul 2. Oh yea aku balik Sabak Bernam. So perjalanan sepatutnya mengambil masa less than 2 hours. Tapi.....
Kali ni nak balik sana mengambil masa selama 4 jam! Mcm mana boleh tmbh 2 jam tu? Sebab jam teruk. Yelah biasa lah kan, nama je raya. Semua nak balik kampung kan. Tapi ni kira first time lah aku balik kampung mak aku ni sampai 4 jam. Sempat lah jugak singgah petronas makan maggi :D Haha. Kat petronas pun jam jugak rupanya. Maksud aku, jam kat tandas. Nak masuk tandas pun beratur.
Akhirnya kitorang sampai pukul 6 lebih. Nak dkt pukul 7 mcm tu. Alhamdulillah selamat sampai. Heee :D
Bersambung.....