Selamat Berkorban
Friday, November 4, 2011 | 1 Gossip
Assalamualaikum
Sejujurnya aku ingat hari ni sekolah cuti konon cuti raya haji, tapi cuti minggu depannya rupanya. Aku dah semangat dah tak payah pegi sekolah hari ni. Cehh, padahal cuti tak cuti mmg tak pergi pun -,-
Hari ni hari Jumaat. Hari yang mulia. So aku rancang nak potong kuku hari ni. Kena mengena? Takde. Tapi tak silap aku kalau potong kuku hari Jumaat, pahala masuk dosa keluar. Aku tak ingat kat mana aku dapat info tu. Kalau rajin google ah sendiri.
So kalau hari ni hari Jumaat, mesti esok Sabtu kan. Eh confirm ke Sabtu? Tiba tiba esok tengok kalendar hari Isnin. Haaa dah kena pergi sekolah pulak. Syarikat buat kalendar tu salah susun hari rupanya. Nak cerita pasal tajuk sebenar pun lama betul -,- Konon cinta dihalang gituu, banyak betul halangannya. Last last kahwin jugak. Kan aku dah cakap nak masuk tajuk kalau boleh esok baru masuk. Wahh ayat, tersedak tak kau baca?
Fine fine dah boring letteww banyak sgt R&R-nya.
Sebenarnya Raya Haji hari Ahad ke Isnin? Aku tak peduli sangat Ahad ke Isnin ke sbb dua dua hari tu aku cuti. Disebabkan aku tak tahu, aku google ah. Satu info cakap hari Isnin, satu lagi info cakap hari Ahad. Dah mana satu pulak aku nak percaya ni? Google dah pandai bergurau lah sekarang. Ah pedulik kan pasal tu! Aku nak pening pening buat apa. Dengar je takbir pagi hari tu, hari tu lah Raya Haji, haaa kan senang. Haa kan dah padan muka korang kena baca info tak bertauliah ni.
Esok aku balik kampung! Takde lah happy sangat pun sbnrnya. Hewhew. Aku balik dua hari so dua hari lah aku tak kemas blog ni. Ala kalau tak balik kampung pun, mmg tak pernah nak kemasnya blog ni. Tapi takpe, aku just nak inform je. Jangan rindu rinduan kay? :') Ngehngeh -,-
Entry kali ni diakhiri dengan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha yang ke-tak-tahu, sebelum nak sembelih lembu ke kambing ke apa ke, baca bismillah dulu kay? Kbai!