Nogori Part 1
Monday, December 26, 2011 | 0 Gossip
Assalamualaikum
Hari ni birthday adik aku. Hoho tapi aku belum wish sebab hari tu dia lupa birthday aku! Haaa lantak kat dia. Pastu sibuk sibuk mintak hadiah. Berangan lah nak dapat daripada aku yang haji bakhil ni.
. . . . . . . . . . . . . . . . . .
#Amaran kepada semua readers, sebelum baca entry ni, sila sediakan segala jenis ubat yang boleh menghilangkan gatal gatal kerana kita akan meredah dusun sebentar lagi. K ready! Oh penyepit baju jugak sbb kita akan meredah dusun durian, in case lah untuk yang bajet amerika tak boleh bau durian tu! Boleh lah sepit hidung masing masing kay.
So mcm mana aku nak start ni --' Okay lah semalam aku dengan family aku pergi Negeri Sembilan. Mak aku ni dia teringin sangat pergi tempat yang penuh dengan dusun buah. Kampung mak aku mmg ada jugak dusun buah, tapi dusun buah kelapa sawit ah. Kampung bapak aku pulak mmg dah tak layak panggil kampung lah kalau bangun pagi je dah nampak minah minah sekian sekian duk tunggu bas nak pergi Alor Star Mall tu. Pemandangan yang sangat tak menyenangkan di pagi hari. Kau jangan ingat kampung aku kat Kedah aku boleh nampak sawah padi. Tak pernah nampak pun!
Nak cerita pasal semalam paling perlu lah kan aku nak cerita pasal kampung parents aku -,- Harap bersabar.
So sebelum gerak tu, kitorang p amek member ayah aku dulu sbb nak pergi tu kampung dia and ayah aku bukan tahu jalan pun. Bayangkan lah kalau balik kampung sendiri pun sesat, err --' And bermulalah perjalanan kami.
Bila dah nak sampai tu, serious aku mcm batak sbb sepanjang jalan penuh dengan pokok rambutan and durian. Yelah aku kan jarang nampak mcm tu. Tolong ah jgn kutuk aku. Kesian ah sikit kat aku en. Sepanjang perjalanan tu, kerja aku mmg tangkap gambar lah kan. Hewhew
Aku snap pakai phone je. Tolong diam pasal kualiti dia okay.
Sebelum sampai dekat kampung member ayah aku tu, kitorang singgah sekejap dekat dusun sape entah -,- Masa aku nak keluar kereta en, ake terkejut gila sebab ayam penuh kat situ!
Aku dah gelabah. Pastu baru aku sedar ada pagar kat situ.Kdamn -,- Lepastu terus ah pergi dusun tu. Ada buah rambutan, durian dgn lagi satu buah apa aku tak tahu.
Haa buah apa eh ni? Rupa mcm buah mata kucing tapi bukan.
Selebih cerita aku akan sambung esok. Panjang okay aku nak cerita lagi ni. Kang bosan pulak korang baca panjang panjang ni. Sia sia je aku taip -,- Kbai