// Loudest Silence




Mengapakah? T_T
Friday, January 13, 2012 | 1 Gossip
Assalamualaikum

Semalam aku stress gila dengan facebook sebab kena virus spam benda alah segala tu. Disebabkan benda alah tu, facebook aku jadi slow and aku nak IM dengan orang pun tak boleh dah sekarang ni! Grr tapi bukan pasal tu aku nak cerita ;p

Hari ni dapat buku teks untuk subjek elektif. Yea baru dapat. Sebelum ni baru dapat subjek teras je. So selama ni aku belajar subjek elektif without buku teks lah. Sebenarnya aku memang dah tak sabar nak dapat. Excited lah konon ;p


Tapi sekarang aku dah tak excited. Why? Korang tengok sendiri lah. Perasan tak buku chemistry, bio dengan pysics ada empat? Haaa jom ramai ramai kita mencarut. Itu bukan aku terlebih ambik, mmg betul empat pun. Menambah beban betul. Suatu hari aku dah tak tahan, aku santau je semua buku ni. Mcm mana boleh jadi mcm tu? Sebab satu buku dalam BM and lagi satu dalam BI. Kan tahun ni kitorang batch pertama belajar dalam BM. Tapi ramai tak setuju. So nak senang, dia bagi terus dua dua. Geram aku! Dah lah Geografi pun ada. Menambah kuasa mencarut aku je.


Walaupun yang BM punya lagi cantik, aku tetap nak bawak yang English punya je pergi sekolah. Protes punya pasal ;p






Le Navigate

Posts About Stuff Links



Duit Tabung







Chatters


Credits
Basecode by Chocolettha.
Template by Aina Hanani.
Colors by Colorpicker.
Images by We ♥ It.