Janganlah Marah
Friday, February 17, 2012 | 0 Gossip
Assalamualaikum
Yea sila lah hentam saya dengan bertubi tubi. Saya tahu saya dah tinggalkan blog ni terlalu lama. 6 hari. Eh kalau tulis 6 hari mcm tak lama sangat. 518400 saat aku dah tinggalkan blog ni. Haaa cukup kejam tak? Tapi sebelum saya dihentam, rasanya saya mmg pernah cakap kan masuk tahun 2012 ni kemungkinan untuk update blog sangat tipis. Kan kan? Eyy tolong ah faham. Seriously saya mmg sangat busy. Inipun ada masa sbb esok sabtu, so dapat lah bernafas sikit. Bukan bermuaksud selama ni gua tak bernafas! Tolong ah faham bombastika gua.
Sebenarnya kalau gua tak busy pun, seriously bukan ada cerita menarik nak di-update-kan pun. Hidup aku dia pusing benda yang sama je. Pergi sekolah balik sekolah pergi sekolah balik sekolah dan sila ulang lagi. Agak boring kan? Bukan agak tetapi mmg sangat. Tapi nak buat guane. Demi cita-citaku, ku gigihkan jua. Haaa amek bombastika lagi. Eh apa cita cita aku? Tunggu di next entry :) Tak payah tunggu pun takpe sebenarnya.
Dah alang alang terlanjur (eh terlanjur? :O), di sini saya nak bagitahu esok saya sekolah. Muehehe ikhlas ni. First time tau saya ikhlas pergi sekolah hari sabtu. Haha kay kay sebenarnya esok nak hias, nak kemas and seangkatan dgnnya kat kelas. So semangat je lah gua :D
Aku tak tahu kenapa kalau entry tak berguna boleh panjang cenggini. Eh bahaya betul. Better saya stop di sini. Oh next entry mungkin lagi seminggu ;p Kbaaaaaai.